Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.

Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun. 

Pemilihan lokasi PI1M adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.  Pekan Tampin ialah salah satu lokasi yang terpilih.

Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Tampin mula beroperasi pada 1 September 2013. 

Lokasi PI1M Pekan Tampin terletak di dalam kawasan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan.

  • VIDEO PI1M 2017

    06 November 2017

    AKTIVITI DI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEKAN TAMPIN MENARIK DI TAM PIN EDISI GUNUNG TAMPIN