Tarikh            : 12 Ogos 2018 (Ahad)

Masa              : 10am-12pm

Lokasi           : Pusat Internet Pekan Tampin

Peserta          : 1 Orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna cara meningkatkan pemasaran atas talian Dan talian-talian yang boleh digunakan oleh mereka.

Aktiviti-Aktiviti:

Pengguna diajar Dan diarahkan untuk membuka Facebook Dan Facebook page bg perniagaan yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, pengguna juga ajar untuk mengunakan pemasaran atas talian menggunakan mudah.my.

 

Tarikh            : 11 Ogos 2018 (Ahad)

Masa              : 3pm-5pm

Lokasi           : Pusat Internet Pekan Tampin

Peserta          : 1 Orang

 

Tujuan:

Bertujuan untuk memberi latihan kepada pengguna dan komuniti terhadap kemahiran asas Microsoft Excel. 

Aktiviti:

Pengguna dia ajar cara untuk mengunakan Sum Percentage dan dalam masa yang sama diberi latihan agar beliau dapat memahami apa yang diajar dengan lebih efektif.

Tarikh            : 24 Julai 2018 (Selasa)

Masa              : 9am-12pm

Lokasi           : Pusat Internet Pekan Tampin

Peserta          : 30 Orang

 

Tujuan:

 Menngajar para peserta Pertubuhan Perbadanan Perempuan (WI) berkenaan etika kursus pentadbiran. Yang mana mereka didedahkan dengan cara yang betul untuk mentadbir sesebuah organisasi sama ada untuk pertubuhan/persatuan mahupun untuk perniagaan.

Aktiviti:

Para peserta WI diberi pendedahan dan taklimat oleh penceramah yang dijemput oleh mereka. Selepas ceramah dan berlakunya soal jawab bersama penceramah.

Slide3

Tarikh            : 05 Ogos 2018 (Ahad)

Masa              : 8am-2pm

Lokasi           : Perkarangan Pusat Internet Pekan Tampin

Peserta          : 130 Orang

 

Tujuan:

Hari terbuka adalah aktiviti tahunan yang dilakukan setiap tahun oleh setiap Pusat Internet yang ada. Aktuviti tahunan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim antara komuniti-komuniti setempat. Dalam masa yang sama memperkenalkan lagi Pusat Internet Tampin. Selain itu, turut memperkenalkan aktiviti yang diadakan seperti kelas-kelas komputer untuk semua, dan memperkenalkan aplikasi dashboard kepada semua.

 

Aktiviti-Aktiviti:

-Penerangan & Kuiz Advokasi.

Memberi penerangan berkenaan KDB, Online Grooming, Sebenarnya.my dan pelbagai lagi taklimat yang dapat memberi kesedaran kepada orang ramai dalam menggunakan apa sahaja perkhidmatan atas talian. Selepas taklimat, para pengunjung di beri kuiz berkaitan dengan sebenarnya.my dan mendapat barangan cenderamata sebenarnya.my.

 

-Taklimat Dashboard.

Para pengunjung hari terbuka diberi pendedahan berkenaan satu aplikansi yang telah dilancarkan sejak tahun 2016 oleh pihak TM untuk para pengguna Pusat Internet. Aplikasi ini adalah untuk memudahkan orang awam untuk berhubung dan menyampaikan hebahan kepada orang ramai. Selain itu, para pengunjung juga diberi tahu berkenaan Pertandingan Kuiz Dashboard yang dijalankan secara bermusim dengan hadiah-hadiah menarik yang disediakan. Selepas itu para pengunjung juga dimaklumakan dengan pertandingan Kuiz Dashboard peringkat Pusat Internet dan juga permainan Hidden Quick Quiz selepas taklimat Dashboard dijalankan.

>Kuiz Dashboard

Selepas taklimat diadakan para pengunjung di beri satu kuiz yang perlu di jawab dalam bentuk subjektif dan juga objektif. Kesemua soalan adalah berkaitan dengan dashboard. 

>Hidden Quick Quiz

Para pengunjung diberi 1 lagi aktiviti yang menarik dimana mereka diminta untuk mencari kad-kad yang telah disembunyikan terlebih dahulu oleh petugas. Pada kad tersebut terdapat lambang-lambang yang ada didalam aplikasi dashboard. Sesiapa yang menjumpai kad tersebut yang betul perlu menjawab apakah nama untuk lambang tersebut. 

Para pemenang akan mendapat hadiah berbentuk toaster dan juga dapur gas.

Tarikh            : 15 Julai 2018 (Ahad)

Masa              : 3pm-5pm

Lokasi           : Pusat Internet Pekan Tampin

Peserta          : 2 Orang

 

Tujuan:

Untuk memberi mereka lebih pemahaman dalam membuat jadual.

Aktiviti:

Mereka di minta untuk menyambung semula latihan yang diberikan pada kelas yang sebelumnya. Juga, mereka diberi satu lagi latihan berkenaan jadual agar mereka lebih memahami pengajaran yang diberikan.