Salah satu produk tempatan yang dihasilkan oleh warga Tampin ialah produk makanan Kuih Bakar. Timah Deraman yang berusia 64 tahun telah menjalankan perniagaan menjual kuih bakar ini secara kecil-kecilan sejak tahun 1987. Kini perniagaannya semakin berkembang maju. 

pix gal1

SITI NORMAH...kuih bakarnya ada kelainan.

 

Beliau memberitahu beliau menghasilkan hampir 400 biji kuih bakar setiap hari dengan dibantu oleh anak, menantu dan saudara-mara.

Katanya, jumlah ini akan meningkat kepada 1,000 biji pada musim cuti persekolahan memandangkan banyak yang ditempah untuk majlis perkahwinan.

 

Pada peringkat awal Timah hanya menghasilkan 50 biji kuih bakar sehari untuk dihantar ke kedai-kedai berhampiran.

Bagaimanapun lama-kelamaan kerana keenakan rasa kuih bakar yang dibuat, jumlahnya semakin bertambah dan pasarannya semakin meluas.

Menurut Timah, setakat ini kuihnya dihantar ke sekitar Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Kuih bakarnya dibuat secara tradisional iaitu dibakar dengan kayu api di bahagian atas dan bawah kuih itu supaya keenakannya dapat dikekalkan sama seperti pada zaman dahulu.

''Proses membuat kuih ini bermula pukul 6.30 pagi dan jika banyak yang menempah, kerja-kerjanya akan berakhir pada lewat petang,'' katanya ketika ditemui di rumahnya.

Timah mempunyai dua tempat pembakar yang boleh memuatkan 16 dan 20 bekas kuih bakar. Bagi pembakar yang memuatkan 16 bekas, kuih bakarnya akan siap dimasak dalam tempoh 15 minit manakala bagi bekas yang satu lagi mengambil masa 20 minit.

Mengenai ramuan bagi kuih tersebut, ia menggunakan gula pasir, telur, tepung gandum, jintan manis, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga pekak, bunga cengkih, pati daun pandan dan pati daun limau purut.

10390468 1471969379706692 8428187495613989835 n

 

Menurut ibu kepada lapan orang anak itu, bagi menghasilkan 1,000 biji kuih bakar, dia memerlukan 1,500 telur.

Walaupun begitu proses membancuh adunan kuih itu akan dimulakan pada malam sebelum adunan itu dibakar.

''Adunan kuih itu perlu dibiarkan semalaman sebelum dibakar bagi menghasilkan kuih bakar yang cantik dan enak,'' kata Timah.

Pada bulan puasa pula dia akan membuat kuih itu berdasarkan tempahan rang ramai. Jika ada kerja-kerja membuatnya akan bermula pada sebelah petang.

1525669 1471970413039922 7620002974923869416 n