CELIK IT - MAHIRAN HAMID

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: MAHIRAN HAMID

UMUR: 47 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Mahiran merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Tampin yang aktif. Beliau juga seorang suri rumah yang aktif mengikuti persatuan-persatuan di Tampin Tengah. Penyertaan beliau di setaip program-program yang diadakan di Pusat Internet memberi beliau pendedahan tentang kemudahan yang diberikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau untuk mengikuti kelas, Pn Mahiran tiada pendedahan untuk menggunakan komputer & internet secara meluas.  Namun, beliau berkeinginan & mahu meningkatkan pengetahuan beliau dalam bidang perkomputeran.Oleh itu, beliau aktif melibatkan diri dalam kursus-kursus yang disediakan di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa hari mengikuti latihan dan kelas di Pusat Internet Tampin, Pn Mahiran kini lebih mahir serta tahu tentang penggunaan Microsoft dengan lebih baik. Segala latihan yang di berikan dapat meningkatkan kefahaman beliau. Beliau juga dapat menyiapkan latihan yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan. Beliau juga kerap mengunjungi Pusat Internet Tampin untuk melakukan tugasan beliau.

KEUSAHAWANAN-AMIE AMIRA MOHAMAD NIZAM

Agent Cuckoo & Sahajidah Hai-o

NAMA: AMIE AMIRA MOHAMAD NIZAM

UMUR: 28 Tahun

AHLI  : 2016

Latar belakang

Pn Amie Amira merupakan ahli yang aktif di Pusat Internet Tampin. Beliau sering melibatkan diri dalam aktiviti serta program-program yang dijalankan di PI Tampin. Beliau mempunyai Diploma dalam bidang Pentadbiran di sebuah kolej swasta di Malaysia. Beliau juga sudah berkahwin & suami beliau melakukan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung keluarga beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau, beliau sangat berkeinginan untuk membantu & menambahkan pendapatan mereka sekeluarga. Kelebihan yang ada di Pusat Internet memudahkan beliau untuk menguruskan perniagaan atas talian yang dilakukan. Perkongsian maklumat serta ahli-ahli/pelawat berkunjung di Pusat Internet memberi beliau peluang dan kesempatan untuk mengembangkan lagi perniaagaan yang dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas kekerapan berkunjung dan melakukan tugasan di Pusat Internet secara tak langsung memudahkan urusan perniagaan Cuckoo beliau. Beliau juga aktif melibatkan diri dalam mengikuti kursus-kursus usahawan di Pusat internet. Selain itu, rangkaian pelanggan semakin meluas apabila beliau berjaya mempromosikan Cuckoo di media sosial mahupun secara berhadapan. Kelajuan internet serta kemudahan yang disediakan di Pusat Internet membolehkan urusan beiau berjalan lancar & dipermudahkan. Pendapatan beliau kini hampir mencecah RM1, 000-1,500 sebulan. Dengan itu, dapatlah beliau menambah & membantu suami beliau meringankan beban tanggungan.

KEUSAHAWANAN-Khairunnisa Bt Jamali 

Agent khaliframe

NAMA: Khairunnisa Bt Jamali 

UMUR: 31 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Khairunnisa merupakan salah seorang ahli di Pusat Internet Tampin. Semenjak berpindah di Tampin, Pn Nisa sentiasa mencari aktiviti melalui persatuan dan sebagainya bagi mengisi masa lapang sebagai surirumah. Pn Nisa merupakan pelajar lepasan di sebuah universiti awam di Malaysia. Beliau tidak bekerja kerana ingin melakukan perniagaan sendiri bagi menambah pendapatan sekeluarga serta masa yang ada dapat menguruskan anak-anaknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui kelebihan Pusat Internet, Pn Nisa hanya tertumpu aktiviti untuk persekolahan anak-anaknya, namun apabila mengetahui program/aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung memberi peluang untuk Pn Nisa melibatkan diri dan menjadi Ahli Jawantkuasa Pusat Internet Tampin. Kemahiran beliau, ditambah dengan bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet meluaskan lagi peluang beliau untuk melibatkan diri dalam perniagaan atas talian. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menggiatkan diri dalam pelbagai aktiviti, Pn Nisa kini berjaya meningkatkan jaringan pasaran & menambah kenalan bagi memudahkan lagi urusan perniagaan beliau. Menjadi Agent khaliframe dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka sekeluarga. Pendapatan Pn Nisa kini bertambah sehingga RM500.00 ke RM700.00 sebulan.Pn Nisa juga kini lebih sistematik kerana mempunyai jadual (posting) pengiklanan di sosial media (Facebook & Instagram) supaya ramai yang lebih mengetahui umum tentang Khaliframe. Pn Nisa juga menjadikan Pusat Internet sebagai tempat mencari maklumat & menambah kenalan di sosial media.

CELIK IT - PAVITRA A/P SOORESH

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: PAVITRA A/P SOORESH

UMUR: 16 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pavitra A/P Sooresh merupakan antara ahli baharu di PI Tampin yang berminat untuk mengikuti latihan serta Kursus Microsoft bagi meningkatkan pengetahuannya. Seorang pelajar sekolah menengah yang kini berada di Tingkatan 4. Mempunyai 3 orang adik beradik yang tinggal bersama datuk & neneknya. Beliau juga seorang yang aktif di sekolah mahupun persatuan-persatuan yang terlibat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, Pavitra hanya mengikuti pembelajaran komputer di sekolah. Namun, menurut beliau penggunaan komputer di sekolah tidak dapat digunakan sepenuhnya. Oleh itu, beliau mencari inisiatif untuk mendapatkan kursus Microsoft yang secara langsungnya dapat meningkatkan kemahiran dalam kursus tersebut serta memudahkan lagi menyelesaikan tugasan yang menggunakan kemudahan IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus/latihan selama 3 bulan di PI Tampin, kini Pavitra dapat menyelesaikan tugasannya dengan mudah & cepat. Pendedahan terhadap Microsoft utama, Word, Excel & Powerpoint dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan Microsoft tersebut. Beliau juga didedahkan dengan tutorial dan cara serta contoh yang dapat memberi kefahaman yang lebih. Latihan secara percuma ini menjadikan beliau menggunakan lagi kemudahan internet dengan lebih maksimum dan baik.

KEUSAHAWANAN-KHAIRUNNISA BT JAMALI

Usahawan Coklat

NAMA: Khairunnisa BT Jamali 

UMUR: 31 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Khairunnisa Bt Jamali merupakan ahli di PI Tampin. Beliau juga seorang usahawan wanita yang aktif.  Beliau sudah bekeluarga dan mempunyai 3 orang anak. Seorang yang bercita-cita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan beliau. Beliau memilih untuk melakukan perniagaan kerana masa yang tidak terhad disamping dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga mereka serta membantu meringankan beban suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI Tampin, beliau aktif melakukan perniagaan beliau secara atas talian mahupun secara tradisional. Pengenalan kepada PI memberi beliau peluang untuk meningkatkan lagi perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui kelebihan yang ada di Pusat Internet, beliau kini berjaya meningkatkan perniagaan/jualan coklatnya secara meluas. Kenalan yang bertambah memudahkan aktiviti perniagaan dijalankan.Pn Nisa kini berjaya menambah permintaan coklat yang dihasilkan sendiri sehingga menjadi sambutan hangat dalam kalangan kanak-kanak yang berada di PI. Kelebihan beliau menghasilkan coklat buatan sendiri menarik minat penggemar coklat itu sendiri. Jualannya yang meningkat hampir RM500 sebulan membolehkan beliau sentiasa mengeluarkan pembaharuan coklat seperti ‘White Chocolate Ball’. Beliau juga terus mengukuhkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial serta tempahan yang diterima untuk  tujuan majlis sebagainya

KEUSAHAWANAN-AZRI KHAIRIE B JUAHER

Usahawan Agro ( Penternak Ayam Kampung)

NAMA: Azri Khairie b Juaher

UMUR: 27 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Encik Azri merupakan ahli di PI Tampin sejak tahun 2017. Beliau merupakan seorang Usahawan yang mengusahakan ternakan Ayam Kampung di Pulau Sebang. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga mempunyai syarikat yang berdaftar sebagai Sebang Agrofarm. En Azri mula melibatkan diri dalam perniagaan berkonsepkan Agro selepas tamat pengajiannya di UPM serta hampir 3 tahun mengusahakan ternakan ladangnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Azri pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan kelajuan internet secara maksimum bagi memudahkan penyiapan kertas projeknya. Sebelum mengetahui kelebihan PI, beliau juga sukar mendapatkan keselesaan untuk tugasan yang perlu dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui tentang kelebihan dan kemudahan yang disediakan di PI Tampin, beliau mula berdaftar dan menjadi pengunjung yang kerap menggunakan kemudahan wifi komuniti untuk memudahkan penyiapan tugasannya. En Azri juga, menyuarakan untuk melakukan kursus bagi mendapatkan grant kepada usahawan di sekitar Tampin yang secara langsung memberi peluang kepada beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau. Tambahan, beliau juga dapat menambah kenalan dan berkongsi perniagaan yang dijalankan. Peningkatan promosi melalui media sosial tentang perniagaan beliau secara langsung menambahkan lagi pendapatan beliau.

CELIK IT - Siti Nurbahyah binti Ahmad

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: Siti Nurbayah binti Ahmad

UMUR: 12 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Siti Nubahyah merupakan ahli di PI Tampin yang sering menggunakan kemudahan di PI Tampin serta mengikuti Kelas & aktiviti yang dijalankan di PI Tampin. Bahyah seorang pelajar di SRK Tunku Besar dan pelajar yang sangat rajin.Mempunyai seorang adik lelaki yang juga menjadi ahli di PI Tampin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menurut ibunya, tujuan menjadi ahli di PI adalah untuk meningkatkan pengetahuan lebih dalam menggunakan komputer kearah yang lebih baik. Sebelum mengetahui kelebihan PI, Bahyah dan adiknya lebih menghabiskan masa lapang dirumah & kurang diberi pendedahan tentang penggunaan internet. Bahyah tidak dapat mencari sumber yang boleh untuk membantu menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, setelah beberapa bulan menyertai kelas serta menggunakan internet apabila cuti sekolah, Bahyah sudah mula tahu untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan sekolah. Kini, Bahyah juga mudah menyiapkan kerja sekolah atau membuat latihan/kuiz melalui VFrog Asia yang disediakan oleh pihak sekolah. Kefahaman terhadap penggunaan internet serta Microsoft memudahkan lagi urusan Bahyah sebagai seorang pelajar.

KEUSAHAWANAN-Nur Rashida binti Jamaludin

PERNIAGAAN ATASTALIAN (CUCKOO)

NAMA: Nur Rashida binti Jamaludin

UMUR: 35 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Rashida merupakan ahli di PI Tampin yang juga ahli yang aktif mengikuti program di PI dan kerap berkunjung untuk menikmati kemudahan di PI. Beliau merupakan ibu tunggal yang sangat berusaha keras untuk menampung keperluan anak-anaknya. Beliau tekad untuk berhenti kerja & terus berusaha kea rah perniagaan. Tambahan, beliau merupakan seorang agent Cuckoo (penapis air) yang aktif sehinggakan beliau mampu untuk membiayai kehidupannya sekeluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di PI Tampin, beliau sukar untuk melakukan aktiviti pemasaran atau promosi melalui Facebook Page/Instagram & lain-lain. Kesukaran mendapatkan kemudahan internet serta komputer melambatkan pekerjaan atau aktiviti promosi yang ingin di jalankan.  Tambahan pula, dengan kedudukan PI yang tidak jauh dari rumah beliau memudahkan beliau untuk datang serta menggunakan kemudahan yang tersedia ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa bulan menggunakan kemudahan di PI secara tidak langsung jualan Cuckoo ( penapis air) yang di jalankan secara  atas talian semakin mendapat permintaan ramai selain Pn Rashida berjaya meningkatkan kenalan atau ‘new target market’ di kawasan tersebut. Selain promosi melalui sosial media beliau juga menggunakan peluang yang ada di PI untuk melakukan promosi dengan menyertai program-program yang dijalankan di PI Tampin serta mempromosikan di Dashboard Komuniti ( Myshop).

KEUSAHAWANAN-Zaidah binti Sabjan

PERNIAGAAN TELEKUNG ARAFAH

NAMA: Zaidah binti Sabjan

UMUR: 44 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Zaidah merupakan ahli di PI Tampin sejak 2017 dan juga pernah menjadi ahli di salah sebuah PI Daerah Melaka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di PI menarik perhatian serta memberi peluang untuk Pn Zaidah menggunakannya. Pn Zaidah merupakan seorang ibu kepada seorang anak, yang berusaha melakukan perniagaan kecil-kecilan secara atas talian bagi menambahkan lagi pendapatan keluarga mereka & membantu suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Zaidah sering ke PI Tampin untuk melakukan tugasan beliau serta perniagaan atas talian yang dilakukan. Beliau menggunakan kemudahan yang diberi sebagai pengguna tetap & aktif. Sebelum penglibatan kelas & latihan yang diikuti Pn Zaidah lebih menfokuskan perniagaan atas talian melalui ‘wassap’  & ‘Facebook’.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun selepas, beberapa bulan mengikuti Kelas & Latihan yang dilakukan, Pn Zaidah kini sudah mahir menggunakan internet dengan lebih menyeluruh terutamanya untuk melakukan ‘Flyers’ dan promosi bagi produk yang di jalankan. Pn Zaidah juga melakukan promosi melalui Dashboard Komuniti & juga ‘Group-group di Facebook Page’. Pn Zaidah kini begitu yakin menggunakan kemahiran yang ada untuk mempromosikan produknya. Pendapatan yang kini diperoleh sedikit sebanyak membantu beliau meringankan beban suaminya.