CELIK IT - PAVITRA A/P SOORESH

MEMPELAJARI ASAS KOMPUTER DAN INTERNET

NAMA: PAVITRA A/P SOORESH

UMUR: 16 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pavitra A/P Sooresh merupakan antara ahli baharu di PI Tampin yang berminat untuk mengikuti latihan serta Kursus Microsoft bagi meningkatkan pengetahuannya. Seorang pelajar sekolah menengah yang kini berada di Tingkatan 4. Mempunyai 3 orang adik beradik yang tinggal bersama datuk & neneknya. Beliau juga seorang yang aktif di sekolah mahupun persatuan-persatuan yang terlibat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, Pavitra hanya mengikuti pembelajaran komputer di sekolah. Namun, menurut beliau penggunaan komputer di sekolah tidak dapat digunakan sepenuhnya. Oleh itu, beliau mencari inisiatif untuk mendapatkan kursus Microsoft yang secara langsungnya dapat meningkatkan kemahiran dalam kursus tersebut serta memudahkan lagi menyelesaikan tugasan yang menggunakan kemudahan IT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kursus/latihan selama 3 bulan di PI Tampin, kini Pavitra dapat menyelesaikan tugasannya dengan mudah & cepat. Pendedahan terhadap Microsoft utama, Word, Excel & Powerpoint dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan Microsoft tersebut. Beliau juga didedahkan dengan tutorial dan cara serta contoh yang dapat memberi kefahaman yang lebih. Latihan secara percuma ini menjadikan beliau menggunakan lagi kemudahan internet dengan lebih maksimum dan baik.

KEUSAHAWANAN-KHAIRUNNISA BT JAMALI

Usahawan Coklat

NAMA: Khairunnisa BT Jamali 

UMUR: 31 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Pn Khairunnisa Bt Jamali merupakan ahli di PI Tampin. Beliau juga seorang usahawan wanita yang aktif.  Beliau sudah bekeluarga dan mempunyai 3 orang anak. Seorang yang bercita-cita dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan beliau. Beliau memilih untuk melakukan perniagaan kerana masa yang tidak terhad disamping dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga mereka serta membantu meringankan beban suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI Tampin, beliau aktif melakukan perniagaan beliau secara atas talian mahupun secara tradisional. Pengenalan kepada PI memberi beliau peluang untuk meningkatkan lagi perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui kelebihan yang ada di Pusat Internet, beliau kini berjaya meningkatkan perniagaan/jualan coklatnya secara meluas. Kenalan yang bertambah memudahkan aktiviti perniagaan dijalankan.Pn Nisa kini berjaya menambah permintaan coklat yang dihasilkan sendiri sehingga menjadi sambutan hangat dalam kalangan kanak-kanak yang berada di PI. Kelebihan beliau menghasilkan coklat buatan sendiri menarik minat penggemar coklat itu sendiri. Jualannya yang meningkat hampir RM500 sebulan membolehkan beliau sentiasa mengeluarkan pembaharuan coklat seperti ‘White Chocolate Ball’. Beliau juga terus mengukuhkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial serta tempahan yang diterima untuk  tujuan majlis sebagainya

KEUSAHAWANAN-AZRI KHAIRIE B JUAHER

Usahawan Agro ( Penternak Ayam Kampung)

NAMA: Azri Khairie b Juaher

UMUR: 27 Tahun

AHLI  : 2017

Latar belakang

Encik Azri merupakan ahli di PI Tampin sejak tahun 2017. Beliau merupakan seorang Usahawan yang mengusahakan ternakan Ayam Kampung di Pulau Sebang. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga mempunyai syarikat yang berdaftar sebagai Sebang Agrofarm. En Azri mula melibatkan diri dalam perniagaan berkonsepkan Agro selepas tamat pengajiannya di UPM serta hampir 3 tahun mengusahakan ternakan ladangnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En Azri pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan kelajuan internet secara maksimum bagi memudahkan penyiapan kertas projeknya. Sebelum mengetahui kelebihan PI, beliau juga sukar mendapatkan keselesaan untuk tugasan yang perlu dilakukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui tentang kelebihan dan kemudahan yang disediakan di PI Tampin, beliau mula berdaftar dan menjadi pengunjung yang kerap menggunakan kemudahan wifi komuniti untuk memudahkan penyiapan tugasannya. En Azri juga, menyuarakan untuk melakukan kursus bagi mendapatkan grant kepada usahawan di sekitar Tampin yang secara langsung memberi peluang kepada beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau. Tambahan, beliau juga dapat menambah kenalan dan berkongsi perniagaan yang dijalankan. Peningkatan promosi melalui media sosial tentang perniagaan beliau secara langsung menambahkan lagi pendapatan beliau.