CELIK IT - Muhammad Alif Danial bin Zalee

MENGIKUTI KELAS-KELAS DAN PROGRAM PEMBELAJARAN KOMPUTER.

NAMA: Muhammad Alif Danial bin Zalee

UMUR: 16 Tahun

AHLI : 2017

Latar belakang

Alif Danial merupakan ahli di Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tampin. Alif juga merupakan seorang anak yatim yang kini di pelihara oleh ibu angkatnya. Menurutnya lagi, ibu angkatnya banyak membantu Alif bagi menentukan yang terbaik untuk pembelajarannya. Alif juga tidak bersekolah lagi atas beberapa faktor. Tambahan pula, Alif bekerja sementara demi membantu ibu angkatnya serta ingin mengumpul duit untuk menyambung pelajarannya dalam bidang kemahiran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatannya di PI1M, Alif tidak tahu tentang penggunaan e-mail, penggunaan Microsoft & sebagainya. Beliau, berkeinginan untuk menyambung pelajaran & mengikuti kursus-kursus asas yang diadakan di PI1M bagi mengetahui lebih baik penggunaan Microsoft & juga Internet. Beliau juga tidak mempunyai akaun ‘Facebook’ untuk berhubung bersama rakan-rakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mengikuti beberapa program & kelas di PI1M Pekan Tampin, Alif kini semakin mahir menggunakan internet untuk mencari maklumat & bahan-bahan yang diperlukan. Alif juga sudah mempunyai akaun email & ‘Facebook’ untuk digunakan sebagai perantaraan menghantar maklumat & sebagainya. Kekerapan Alif ke PI1M membolehkan beliau menikmati perkhidmatan yang sedia ada serta petugas juga dapat membantu beliau dalam mencari pekerjaan serta kursus-kursus kemahiran secara atas talian. Alif kini sudah mula bekerja sementara hasil pencarian pekerjaan secara ‘online’ & beliau juga sudah mahir menggunakan email & internet. Alif juga sudah mempunyai akaun ‘Facebook’ yang membolehkan beliau untuk berhubung serta mendapat maklumat dengan baik.

 

KEUSAHAWANAN-Embon Diawan binti Sirat

PERUSAHAAN PAKAIAN (JUBAH LELAKI & WANITA)

NAMA: Embon Diawan binti Sirat

UMUR: 32 Tahun

AHLI: 2017

Latar belakang

Cik Embon merupakan antara pengguna & ahli baru di PI1M Tampin. Beliau merupakan usahawan ‘online’ yang menjalankan perniagaan pakaian Jubah lelaki & juga perempuan. Beliau juga aktif mengikuti pelbagai kursus untuk meningkatkan pengetahuan beliau dalam bidang ‘Marketing Online’. Menurut beliau, untuk mengekalkan perniagaan yang sedia ada memerlukan strategik & rancangan perniagaan di masa hadapan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di PI1M, beliau tidak pernah tahu tentang fungsi & kemudahan yang disediakan di PI1M. Kursus, latihan serta kemudahan yang disediakan di PI1M memberi peluang untuk Cik Embon menggunakannya dengan baik bagi meningkatkan perniagaan atas talian yang dilakukan disamping menambahkan kenalan atau ‘networking’ untuk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas Cik Embun mengetahui kelebihan yang disediakn di PI1M, beliau kerap datang & menggunakan perkhidmatan yang disediakan bagi tujuan perniagaan beliau. Beliau juga pernah mengikuti kursus yang disediakn di PI1M Tampin, iaitu kursus Pemasaran di sosial media. Kelajuan internet memberi kemudahan serta mempercepatkan proses perniagaan atas talian yang dijalankan. Kini, kekerapan ke PI1M meningkatkan jualan beliau hingga ke 1k sebulan. Beliau juga dapat menambah kenalan (‘networking’) yang sejurusnya meningkatkan jualan perniagaannya.

 

KEUSAHAWANAN-Sufian Mohd Sally

PERKHIDMATAN DIGITAL MARKETING

NAMA: Sufian Mohd Sally

UMUR; 48 Tahun

AHLI : 2017

Latar belakang

En Sufian merupakan antara pengguna yang kerap menggunakan perkhidmatan di PI1M Pekan Tampin. Beliau juga antara ahli baru di PI1M Tampin. Lokasi rumahnya berdekatan di lokasi PI1M yang memudahkan beliau untuk datang nak mendapatkan perkhidmatan kami. Beliau juga seorang usahawan yang melakukan perniagaan ‘Digital Marketing’ iaitu membuat website kepada usahawan-usahawan lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

En Sufian sebelum ini tidak mengetahui tentang kelebihan serta kemudahan yang disediakan di PI1M Tampin, sehingga beliau menyetujui untuk menjadi ahli atas kekerapan menggunakan internet di PI1M Tampin. Penggunaan menjadi lebih murah serta berbaloi apabila beliau melakukan urusan mempromosikan ‘website’ pelanggannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penggunaan internet di PI1M Tampin meningkatkan pelanggan beliau serta memudahkan urusan beliau sebagai pembuat ‘website’. Beliau juga dapat menambah kenalan-kenalan baru atau ‘networking’ untuk kebaikan perniagaan yang dijalankan. Beliau juga kini dalam pembangunan untuk membuka syarikat yang dapat membantu mempromosikan & menjual ‘website’ mereka. ‘Consultation’ percuma kepada sesiapa yang berminat untuk mneggunakan perkhidmatan beliau.