PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA (MAYC) KAWASAN TAMPIN

 

 

Mei 2014

KARNIVAL MESRA BELIA TAMPIN DISAMBUT MERIAH

Gemas  – 4 Mei 2014,  Karnival Fiesta  Mesra Belia Peringkat Daerah Tampin -  Jom Ke Putrajaya telah melabuh tirai dan berjaya mencapai matlamatnya. Dengan menyediakan 25 acara Karnival yang julung kali diadakan di daerah Tampin khususnya di Gemas telah berjaya menarik hampir  6 ribu orang pengunjung belia . Karnival yang  berlangsung selama 3 hari bermula  2 hingga 4 Mei itu telah menyajikan  pelbagai acara menarik seperti Sukan Rakyat , Pertandingan Bola Jaring , Futsal Lelaki dan Wanita Futsal,  Futsal Kanak kanak, Karaoke, Timbang Bola, Mr. Badang , Mr. Body Smart, Pertandingan Teh Tarik,Tebar Roti , Pertandingan Kompang Formasi , Motor Retro, Senamrobik ,Demonstrasi Wajadiri  , Persembahan Permainan Api , ,Berbasikal  , T-Baton sukan 3 On 3 Bola Keranjang , Kabbadi  , Gusti Lengan dan pelbagai lagi selain pameran agensi kerajaan dan swasta serta jualan dari usahawan belia.

         Bertepatan dengan Tema “ Dari Belia Untuk Belia “ Konsep penganjuran kali ini diselaraskan oleh Majlis Belia Daerah Tampin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin serta setiap acara dikendalikan oleh persatuan belia dan persatuan sukan yang terpilih mengikut bidang dan kepakaran seperti Mr. Badang , Gusti Lengan dan Mr. Bodr Smart diurus oleh Kelab Gym Rakyat Tampin. Manakala Persatuan – persatuan belia mengendalikan pelbagai acara yang santai dan menarik.

Program berbentuk keilmuan seperti Pentas Bicara Diskusi Gen Y bertajuk          “ Cinta Yang Hakiki “ telah diserikan dengan sketsa dari Deejay terkenal Negeri FM iaitu Adam Tahir (Tok Ulong ) dan Ann V ( Jenab) serta deejay Yasin Kassim (YK) sebagai Moderator.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh  YB Dato’ Zaifulbahri Bin Idris selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan , Belia dan Sukan Negeri Sembilan  serta turut dihadiri oleh YB. Tuan Abd. Razak Bin Ab. Said Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu merangkap ADUN Gemas , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan YBhg. Cik Azura Bt. Hj. Sarbin dan pemimpin – pemimpin pertubuhan belia.

YB. Dato’ Zaifulbahri dalam ucapannya menyatakan bahawa program sedemikan akan diteruskan dimasa akan datang dalam konsep yang sama atau berlainan memandangkan ianya amat sesuai sebagai platform untuk menghargai pengelibatan belia dan tanda pengitirafan terhadap pertubuhan dalam  membantu suburkan pembangunan belia . Kemeriahan karnival ini turut disertai dengan kehadiran penyanyi Hyper Act, persembahan live band serta persembahan bunga api.

karnival tampin