PROGRAM SANTAI PETANG GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN BELIA DALAM DAERAH TAMPIN BERSAMA YB AHLI PARLIMEN TAMPIN DI DEWAN UMNO BAHAGIAN TAMPIN.

TAMPIN - 24 Mac 2017, Bagi terus memperkasakan persatuan belia dalam Daerah Tampin, YB Dato' Seri Hj. Shaziman Bin Hj. Abu Mansor, Ahli Parlimen Tampin telah memperuntukkan sejumlah RM 5 ribu dan RM 1 ribu masing-masing kepada setiap persatuan belia induk dan persatuan belia peringkat cawangan di bawah gabungan MAYC, GB4B serta MBFM. "Belia merupakan pemangkin kepada generasi kepimpinan pada masa akan datang, justeru itu Gen-Y perlu terus aktif dalam meneroka perkembangan ilmu, teknologi, agama dan sosial bagi membentuk sahsiah diri yang cemerlang dalam menyumbang kepada tranformasi masyarakat ke arah lebih sempurna," ucap beliau sempena Program Santai Petang Gabungan Persatuan-Persatuan Belia Dalam Daerah Tampin bersama YB Ahli Parlimen Tampin di Dewan UMNO Bahagian Tampin.

Program ini telah menghimpunkan seramai hampir 150 orang wakil dari setiap persatuan belia. Turut hadir YB Dato' Mohd Isam Bin Mohd Isa, ADUN Gemencheh, YB Dato' Abd Razak Bin Ab. Said, ADUN Gemas merangkap EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YBrs Sdr. Ridzuan Bin Ahmad, Pengerusi SRCC, Sdr Suhaimizan Bin Bizar, Ketua Dewan DUN Belia Negeri Sembilan serta Encik. Zamzul Qamar Bin Hj. Mohd Jamil, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Tampin.

 

Kredit: http://www.jbsn.gov.my