Majlis Perjumpaan Gabungan Persatuan-Persatuan Belia Daerah Tampin 2018

TAMPIN, 23 Februari 2018 - Majlis Perjumpaan Gabungan Persatuan-Persatuan Belia Daerah Tampin 2018 telah diadakan bersama
YB Dato Seri Hj Shaziman Bin Hj Abu Mansor,

Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Tampin.
Program ini diadakan bagi mengupayakan persatuan Belia dalam Daerah Tampin disamping bermesra bersama pemimpin setempat. Program ini juga dihadiri oleh YB Adun Kawasan Gemencheh, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Ketua Pemuda Kawasan Tampin dan Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin.

Seramai 170 belia telah hadir pada program ini dan terdiri daripada pemimpin- pemimpin belia terdiri daripada Majlis Belia Daerah Tampin, MAYC Kawasan Tampin, Gerakkan Belia 4B(M) Kawasan Tampin, Persatuan Pengakap Daerah Tampin, Persatuan Pandu Puteri Daerah Tampin, Persatuan-persatuan Belia Tunggal, Kelab Belia Bell dan Kelab Belia UI Tampin.
YB Ahli Parlimen telah mengumumkan peruntukkan pengupayaan kepada semua Badan Gabungan dan kelab-kelab bagi menjalankan aktiviti belia dan pengurusan pentadbiran. Rata-rata pemimpin belia yang hadir amat teruja dengan keperihatinan YB Ahli Parlimen yang sentiasa bersama golongan belia di Tampin seterusnya menyuntik semangat mereka untuk terus aktif dalam berpersatuan.

Kerdit: http://www.jbsn.gov.my