Pusat Internet di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.

Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun. 

Pemilihan lokasi Pusat Internet adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.  Pekan Tampin ialah salah satu lokasi yang terpilih.

Pusat Internet Pekan Tampin mula beroperasi pada 1 September 2013. 

Lokasi PI Pekan Tampin terletak di dalam kawasan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan.

 SELAMAT DATANG

KE PORTAL PUSAT INTERNET 1MALAYSIA 

PEKAN TAMPIN

PI2018